fbpx
Negeri

MB Selangor diminta prihatin nasib 30 pekerjaan kontrak MPSJ dipecat

MENTERI Besar selangor Datuk Seri Amirudin Shari diminta memberi memberi perhatian dan keutamaan serius berhubung tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membuang 30 pekerja kontrak.

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) amat tidak wajar pekerja kontrak dibuang ketika negara dalam proses pemulihan dan terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19.

Presiden CUEPACS Adnan Mat berkata, semua pekerja kontrak tersebut dipecat dalam tempoh 24 Jam tanpa sebarang notis awal. Malah ada dalam kalangan mereka ditamatkan kontrak tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Perhatian dan pertimbangan adil daripada YAB Menteri Besar amatlah penting bagi memastikan perkara seperti ini berulang semula.

“CUEPACS juga menggesa MPSJ selaku bekas majikan mengambil semula kesemua pekerja-pekerka kontrak yang telah diberhentikan dalam tempoh PKP dan pasca Covid-19 sebelum ini.


“MPSJ juga perlu memastikan setiap ketua jabatan mereka tidak bertindak mengikut emosi dan tidak profesional terhadap kakitangan bawahan mereka,” kata Adnan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan bersama Amirudin di pejabat beliau di Shah Alam, Selangor hari ini.

Dalam pertemuan tersebut CUEPACS turut meminta Kerajaan Negeri Selangor menyerap pegawai lantikan kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun ke lantikan tetap.

“Permintaan ini adalah selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2016 sebagai menghargai sumbangan dan khidmat bakti pegawai lantikan kontrak kepada negara.

“Bagaimanapun CUEPACS mendapati ada pihak berkuasa tempatan, majlis bandaraya serta majlis perbandaran tidak mebuat lantikan tetap tersebut, malah ada aduan yang diterima pegawai kontrak ini ditamatkan perkhidmatan mereka walaupun telah bertugas dalam tempoh yang lama,” kata Adnan.

Menurutnya, CUEPACS berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangkan permintaan tersebut bagi memastikan kebajikan penjawat awam di Selangor terbela.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button