Nasional

Covid-19: 100 sembuh, 38 kes baharu, tiada kematian

JUMLAH kes baharu positif Covid-19 terus menunjukan Malaysia dalam tempoh pemulihan dengan hanya 38 kes dikesan hari ini.

Manakala jumlah pesakit yang sembuh semakin meningkat dengan 100 orang lagi telah pulih. Ini menjadikan 66.82 peratus atau 3,862 kes dari jumlah keseluruhan 5,780  kes positif telah sembuh.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah pesakit yang di rawat di unit rawatan rapi juga menunjukan penurunan iaitu seramai 36 orang. Jumlah pesakit ICU yang memerlukan bantuan alat pernafasan juga menurun kepada 15 orang.

Manakala tiada laporan kematian dilaporkan hari ini dan jumlah kematian kekal 98 kes.

Sementara itu memetik lapora BERNAMA, Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 21,466 orang telah menjalani ujian COVID-19 di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sehingga 12 tengah hari ini.

Daripada jumlah itu 638 kes didapati positif COVID-19 iaitu sebanyak 2.97 peratus.

“Didapati bahawa daripada jumlah positif COVID-19 ini, seramai 388 kes (61 peratus) adalah bukan warganegara Malaysia dan baki 250 kes (39 peratus) pula adalah warganegara Malaysia,” katanya.

Tambahnya terdapat pertambahan satu kes baharu di PKPD Menara City One Plaza, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 kes, Malayan Mansion (lima kes baharu, keseluruhan 12 kes) dan Pusat Bandar Utara serta Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur ((sembilan kes baharu, keseluruhan 55 kes).

Beliau berkata bagi aktiviti tertumpu di madrasah atau sekolah tahfiz pula, seramai  6,229 pelajar, guru dan kakitangan telah menjalani ujian COVID-19 sehingga semalam dan daripada jumlah itu 341 orang didapati positif (5.47 peratus).

Dr Noor Hisham berkata seramai 12,672 pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara di stesen kuarantin telah menjalani ujian COVID-19 dan daripada jumlah itu seramai 139 orang didapati positif (1.1 peratus).

Beliau berkata daripada jumlah yang dikesan positif itu, 99 kes melibatkan lawatan ke Indonesia, United Kingdom (14), Singapura (13), Turki (lima), Belanda (tiga), Amerika Syarikat (dua), manakala Thailand, Perancis dan Bangladesh masing-masing satu kes. -SM

.

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button