fbpx
Nasional

Thaipusam: Polis hanya benarkan 10 orang iringi pergerakan pedati

POLIS membenarkan pergerakan pedati bersempena sambutan Thaipusam bermula pukul 3 pagi hingga pukul 6 pagi esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kebenaran itu melibatkan pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur hingga ke Kuil Sri Subramaniaswamy, Batu Caves, Selangor.

“Pergerakan yang dimaksudkan adalah tidak merangkumi perarakan bersama atau berdiri memerhati perarakan tersebut di sepanjang jalan.

“Hanya 10 orang sahaja dibenarkan untuk mengiringi pergerakan pedati iaitu lima ahli jawatankuasa kuil dan lima petugas lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pergerakan pedati juga tidak boleh berhenti di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan.


Jelasnya, tiada sebarang peralatan gendang atau alat muzik lain dibenarkan.

“Tiada sebarang perniagaan dibenarkan sepanjang jalan antara kedua-dua kuil tersebut kecuali yang telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambahnya, polis juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi pematuhan operasi standard (SOP) bagi mengelak sebarang kesulitan atau tindakan undang-undang. -SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button