JenayahNasional

Doktor klinik swasta jual sijil vaksin Covid-19 palsu

POLIS merampas 1,900 sijil vaksin Covid-19 yang dipercayai palsu bernilai hampir RM500,000  oleh sebuah klinik swasta di Marang, Terengganu. Sijil palsu itu dikeluarkan kepada mereka yang anti-vaksin.

Dalam pada itu, seorang doktor lelaki berusia 51 tahun ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Setiap sijil palsu itu dijual antara RM400 sehingga RM500.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kira-kira 1,900 sijil vaksin dirampas dalam satu serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri.

“Sserbuan dibuat hasil maklumat diterima mengenai penipuan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang enggan menerima vaksin.

“Suspek dipercayai berurusan dalam talian sejak September lalu dengan setiap suntikan dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600,” katanya. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button