BeritaJenayah

Lepas masuk penjara, berat badan Siti Bainun kurang 60kg

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menjadi perhatian, kelihatan susuk tubuhnya semakin kurus.

Difahamkan, berat badan wanita, 31 tahun ini merosot kepada 90 kg, sebelum ini mencecah 150  kilogram ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi.

Bainun yang hadir ke Mahkamah Tinggi bagi mendengarkan rayuan, namun Hakim Datuk Noorin Badaruddin menanggungkan prosiding rayuan hukuman serta sabitan dan menetapkan 7 Disember depan untuk pengurusan kes semntara 30 Januati tahun depan bagi kes perbicaraan berkenaan.

Pada 3 Mei lalu, Mahkamah sesyen memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Artikle Berkaitan :>

Siti Bainun mohon rayuan penjara 12 tahun: Hisyam Teh Poh Teik ketua

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun didapati bersalah dera Bella

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button