JenayahNasional

Pelajar mangsa rogol lahirkan bayi

Melakukan hubungan intim dengan kekasih

RAHSIA seorang pelajar berusia 16 tahun yang sekian lama disimpan rapat akhirnya terbongkar juga. Pelajar yang masih bersekolah ini sudah tidak dapat menutup lagi dirinya mengandung setelah melahirkan seorang bayi tersebut semalam.

Perkara ini telah dikesan oleh pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan satu laporan polis telah berhubung kes itu.

Ketua Polis Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kes itu daripada seorang pegawai perubatan HTF tentang pelajar ini pada pukul 8.45 pagi semalam.

“Aduan ini diterima sebagai laporan pertama,” katanya dalam satu kenyataan, hari in.

Mohd Shokri berkata, ekoran daripada laporan itu pihak polis telah merakam percakapan mangsa di HTF.

“Mangsa mengatakan dia telah selamat melahirkan seorang bayi pada 29 Mei lalu,” katanya.

Mohd Shokri berkata, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa telah melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya iaitu seorang warga tempatan berusia 25 tahun yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Shah Alam, Selangor.

“Kejadian dikatakan berlaku di sebuah bilik di Jalan Kaki Bukit, Beseri pada Oktober tahun lalu,” ujar Mohd Shokri.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasa dan disahkan mengandung tujuh minggu.

Kata Mohd Shokri lagi, perkara ini tidak dimaklum oleh mangsa kepada ahli keluarganya atau sesiapa pun sehinggalah bayi dilahirkan.

“Pihak polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Mohd Shokri juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta mengambil tahu laman sosial mencari jodoh dan temujanji (dating) supaya tidak mudah tertipu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Polis juga meminta kerjasama orang ramai supaya dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang berlaku ini di talian 04-9492222 (HOTLINE) DAN 04-9491481 (DCC). – SM

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button