fbpx
NasionalParlimen

Xavier cadang ucapan Ahli Parlimen dikemuka secara bertulis

TEMPOH pertanyaan menteri yang dipendekkan bakal menyebabkan Ahli Parlimen lain tidak mempunyai kesempatan untuk mengemukakan ucapan, soalan dan cadangan.

Justeru, suatu cadangan disifatkan wajar diterima oleh Speaker Dewan Rakyat adalah menerima ucapan bertulis daripada Ahli Parlimen.

Ini akan membenarkan Ahli Parlimen yang tidak sempat mengemukakan ucapan secara bertulis dan dimasukkan ke dalam hansard Dewan Rakyat.

“Sekarang tidak cukup masa untuk semua Ahli Palimen berucap dalam dewan ini.

“Saya ingat, Speaker telah membuat satu keputusan bahawa yang tidak ada masa atau tidak ada kebenaran untuk berucap boleh berikan ucapannya melalui atas kertas.


“Tetapi, adakah ini akan dimasukkan ke dalam hansard. Adakah ini yang kita beri oleh Ahli Dewan Rakyat yang tidak ada masa untuk ucap di dalam dewan.

“Yang kita bagi nota ini akan dimasukkan dalam hansard sebagai ucapan Ahli Dewan Rakyat.”

Kata Ahli Parlimen Kuala Langat (PKR), Xavier Jayakumar yang mengemukakan permintaan itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Permohonan itu dikemuka selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul untuk memendekkan tempoh pertanyaan menteri kepada 10 minit berbanding 30 minit.

Usul tersebut disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan dipersetujui beberapa Ahli Parlimen.

Usul tersebut menghentikan kuatkuasa Peraturan Mesyuarat 25(5)A, 24A(5) dan 24A(7) bagi membolehkan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dipendekkan kepada 10 minit.

Bagaimanapun, Azhar Azizan berkata, beliau perlu memperhalusi permintaan dariapda Xavier bagi membenarkan ucapan Ahli Parlimen secara bertulis dimasukkan sebagai hansard Dewan Rakyat.

Termasuklah mendapatkan nasihat undang-undang sama ada kaedah itu dibenarkan ataupun tidak.

“Saya kena perhalusi perkara itu sama ada ia boleh dibuat.

“Saya perlu dapatkan nasihat undang-undang, biar saya perhalusi perkara itu dahulu ya. Terima kasih,” jawabnya kepada Xavier.

Terdahulu, di Dewan Rakyat berlaku pertikaman lidah antara Takiyuddin dan Ahli Parlimen Kulai (DAP), Teo Nie Ching yang mempertikai usul pemendekkan tempoh pertanyaan menteri.

Menurutnya, Dewan Rakyat perlu seimbang dengan membenarkan sekurang-kurangnya satu soalan tambahan dikemukakan kepada menteri selain daripada jawapan bertulis yang dibacakan. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button