Alam SekitarBencana alam

Reliacraft Dagangan pinjamkan kelengkapan bantu operasi SAR Batang Kali

KUALA LUMPUR 18 Dis – Syarikat swasta turut membantu pihak berkuasa daripada segi kelengkapan sokongan dalam melancarkan lagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali.

Reliacraft Dagangan misalnya meminjamkan enam kelengkapan milik syarikat tersebut kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Perkakasan tugas berat jenis Milwaukee ini ialah lampu limpah berkuasa tinggi masing-masing dua unit Tower Light dan set janakuasa serta satu Rocket Light dan Stand Light.

Perkakasan jenis mudah alih ini menggunakan bateri berkuasa tinggi yang boleh bertahan sehingga 10 jam.

Pengurus Reliacraft Dagangan, Muhammad Shafii Jaafar berkata, pinjaman ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat membantu pihak berkuasa.

Menurut beliau, kesemua kelengkapan tersebut telah dihantar ke lokasi insiden bagi digunakan pasukan penyelamat malam semalam.

“Kita telah mengerahkan kakitangan Reliacraft Dagangan ke lokasi bagi menghantar kelengkapan ini kepada pihak berkuasa.

“Set perkakasan ini yang mudah alih diharap membantu pasukan penyelamat memandangkan kawasan pencarian yang mencabar dan luas,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Reliacraft Dagangan merupakan pengedar perkakasan Milwaukee.

Semasa insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai Ampang, Selangor pada 10 Mac lalu, Reliacraft Dagangan turut menyumbangkan kelengkapan sama kepada pihak bomba untuk digunakan dalam operasi SAR.

Difahamkan, JBPM turut memiliki lampu limpah jenis sama tetapi jumlahnya kecil.

Sementara itu sehingga petang semalam, 24 mangsa disahkan meninggal dunia daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat.

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button