Alam SekitarKebakaranLuar Negara

Turki Dibaham ‘Api’, Tiga Terkorban Dan Pantai Di Bandar Manavgat Diselubungi Asap Tebal!

Ankara: Empat dilaporkan maut, manakala lebih 180 cedera dalam kebakaran hutan di wilayah peranginan Mediterranean di pantai selatan Turki, baru-baru ini.

Ribuan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api, sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan punca kebakaran di empat lokasi di timur Antalya, kelmarin, yang disyaki akibat perbuatan khianat.

Pejabat kecemasan dan bencana Turki memaklumkan, tiga mangsa, termasuk seorang individu berusia 82 tahun yang tinggal sendirian, terbunuh dalam kejadian itu.

Saluran NTV pula melaporkan seorang lelaki berusia 25 tahun maut di Marmaris ketika cuba memberikan bantuan.

Kebakaran awal dilaporkan bermula di sebuah pusat peranginan terkenal yang popular dalam kalangan pelancong Russia dan Eropah Timur, kira-kira 75 kilometer (km) timur Antalya.

Kebakaran merebak menghampiri kawasan pantai yang dipenuhi hotel dan resort.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial dan televisyen negara itu menunjukkan penduduk berlari menyelamatkan diri meredah kepulan asap tebal di jalan raya dalam keadaan api sedang marak.

Kepulan asap tebal juga menyelubungi kawasan sekitar sebuah kompleks hotel berhadapan pantai di bandar Manavgat.

Sekurang-kurang 183 mangsa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, setakat ini.

Menteri Pertanian, Bekir Pakdemirli berkata, sebuah hotel berhampiran bandar pelancongan, Bodrum yang terletak kira-kira 300km barat Antalya, turut dikosongkan ketika kebakaran baharu meletus merentasi pantai selatan.

Api terus marak dengan bahang suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius dan angin berkelajuan 50km sejam.

Lebih 4,000 anggota bomba dikerahkan ke seluruh wilayah terbabit bagi membantu operasi memadamkan kebakaran berkenaan dan menyelamatkan mangsa.

Kredit : Harian Metro

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button