Politik

Wira Putra gesa Peguam Negara serius tegakkan keadilan Muhammad Adib

ISU keadilan terhadap kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim sehingga kini masih tiada tindakan lanjut.

Namun, Pengerusi Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict), M. Vosvanathan, menyatakan cadangan yang boleh diambil oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Idrus boleh menfailkan semakan di Mahkamah Tinggi berdasarkan dapatan daripada inkues di Mahkamah Koroner pada September 2019.

Ataupun beliau boleh kembali kepada koroner untuk membuka semula inkues berdasarkan siasatan polis.

Tindakan Idrus dikatakan akan mencerminkan integriti kehakiman negara dijaga apabila kes Muhamad Adib diambil tindakan sewajarnya.

“Peguam Negara perlu segera mempamerkan bukti demi menjaga integriti sistem kehakiman negara.

“Kaedah sudah ada, terpulang pada Peguam Negara untuk pilih menggunakan solusi yang mana.

“Jika Peguam Negara kini juga sekadar melepaskan batuk di tangga dan tidak mampu menegakkan keadilan adalah lebih baik berhenti sahaja.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, dalam satu kenyataan hari ini yang bersetuju dengan pandangan Vosvanathan.

Ini kerana menurutnya, berkali-kali esaan telah dibuat berkenaan kematian Allahyarham, laporan siasatan peringkat akhir yang dimaklumkan pada Disember tahun lalu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga masih tiada perkembangan terbaharu.

“Hingga keluarga allahyarham kelu seibu bahasa tak tahu dimana penghujung dan kebenaran berkaitan kematian.

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

“Kebenaran perlu ditegakkan kerajaan dan keadilan perlu diberi kepada keluarga mangsa, bukan dibiar tergantung begitu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Adib, 24 menghembuskan nafas yang terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) ketika mendapatkan rawatan di sana.

Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya, Selangor selepas dipercayai diserang dan dipukul sehingga parah.

Ia susulan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam, Selangor pada 26 November 2018.

Pada September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian anggota Bomba dari JBPM Shah Alam, Selangor itu berpunca daripada perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali. – SM

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button