fbpx
Politik

Isu abu Chin Peng: Tiada masalah selagi tak langgar undang-undang – Annuar

Tiada masalah abu mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia selagi tidak melanggar undang-undang, kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.

“Pertama sekali, sebahagian besar tugas ni kita jaga orang hidup dan bukan orang mati. Tapi kalau ambil dari sudut agama, Rasulullah kalau dia berdepan dengan jenazah bukan Islam, dia menghormati.

“Ertinya Nabi Muhammad SAW menghormati si mati tanpa mengira agama selagi tak melanggar dengan perkara yang berkaitan kita punya agama.

“Saya fikir kita bukan parti kerajaan. Jadi kita boleh bercakap sebagai satu parti politik atau individu, saya rasa kita harus menghormati apa-apa yang ingin dilakukan oleh keluarga asalkan tidak melanggari undang-undang,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


Show More

Related Articles

Back to top button