Politik

Dr. Mahathir umum peguam, Amir Khusyairi bertanding di PRK Slim

WALAUPUN parti baharunya belum ada nama, tetapi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan calon untuk menentang Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Dr. Mahathir malam tadi mengumumkan seorang peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon pada PRK itu 29 Ogos ini.

Disebabkan parti itu belum berdaftar, Amir Khusyairi, 38, bertanding atas tiket calon Bebas.

Calon itu diperkenal dan diumumkan pada Majlis Memperkenalkan Calon di Slim River yang dihadiri Dr. Mahathir.

Amir Khusyairi mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan merupakan anak jati Perak.

Setakat ini PRK DUN Slim dijangka menyaksikan pertandingan dua penjuru antara BN dan parti Dr. Mahathir.

BN semalam menamakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Aziz sebagai calon yang akan bertanding di DUN itu.

Pengumuman calon itu dilakukan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad di Trolak.

Mohd. Zaidi, 43 mempunyai dua persamaan dengan Amir Kusyairi iaitu juga merupakan anak tempatan dan pemegang ijazah dari UIA. – SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button