Nasional

Wilayah Persekutuan bakal ada badan pengurusan air sendiri

Elak daripada kebergantungan kepada pengurusan air di Selangor

MENGAMBIL pengajaran daripada isu gangguan bekalan air yang berlaku di Negeri Selangor minggu lepas, hari ini Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa berkata, badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan.

Kata Annuar, mengapa badan pengurusan itu perlu diwujudkan adalah bagi memastikan tiada gangguan bekalan air berlaku di ibu negara.

Memetik laporan portal berita FMT pagi ini, Annuar berkata, cadangan penubuhan badan itu sudah dibawa ke mesyuarat Kabinet semalam dan kajian kini dilaksanakan di peringkat kementeriannya.

Untuk jangka panjang, Wilayah Persekutuan perlu ada pengurusan airnya sendiri. Wilayah Persekutuan tidak harus selama-lamanya bergantung kepada pengurusan air di Selangor, kata Annuar.

Kelebihan sekiranya badan pengurusan air Wilayah Persekutuan itu menjadi satu kenyataan, sudah semestinya banyak manfaat akan diperoleh.

“Dengan adanya badan ini bukan sahaja kita boleh menguruskan konsesi air sendiri malah membeli air mentah atau memproses air kerana di Wilayah Persekutuan, ada banyak sumber air seperti tasik dan sungai, katanya.

Selain daripada sumber-sumber air, kawasan tadahan air dalam Wilayah Persekutuan perlu dikaji dan diambilkira oleh badan pengurusan air itu kelak. – SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button