Nasional

Wanita rugi hampir RM700 ribu akibat Macau Scam

SEORANG wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi badan berkanun rugi RM695,660 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Mangsa pada mulanya telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya dari pejabat Pos Laju Kuala Lumpur.

Suspek memberitahu mangsa bahawa terdapat bungkusan yang didaftarkan di atas namanya berserta lapan keping kad bank untuk dihantar ke Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.

BACA> Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini

Mangsa kemudian telah disambung kepada seorang lagi individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Suspek itu memberitahu yang mangsa telah terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Mangsa kemudian telah dihubungi sekali lagi oleh suspek dengan menggunakan nombor +87088454222 dan mminta mangsa memberikan maklumat perbankan kepada suspek bagi tujuan semakan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mangsa yang terpedaya telah membuat pemindahan wang ke enam akaun berasingan yang melibatkan 38 transaksi sejak 21 Mei lalu.

BACA> Riak wajah Tun Mahathir undang simpati netizen

“Pada 12 Julai, mangsa telah memberitahu perkara tersebut kepada suaminya sebelum menyedari yang dia telah ditipu.

“Kita sedang mempergiatkan usaha hingga ke akar umbi untuk mengesan sindiket yang tidak bertanggungjawab ini,” jelasnya. -SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button