Nasional

Polis rampas rokok bernilai RM202,000

SEBANYAK 1,124 karton rokok disyaki tiada cukai dirampas dalam serbuan polis di sebuah premis di Kota Sentosa, Sarawak, semalam.

Serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak kira-kira pukul 5.10 petang hasil maklumat dan risikan.

Timbalan Komander, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, mendapati terdapat pelbagai jenis rokok yang dianggarkan bernilai RM202,000.

“Pemeriksaan menemui sebanyak 1,044 karton rokok putih bernilai sekitar RM187,920 dan 80 karton rokok kretek pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM14,080.

“Kesemua rokok yang disyaki tanpa cukai itu kemudian dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Menurutnya, kesemua rampasan diserahkan ke Balai Polis Kota Sentosa, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, individu yang terlibat dengan aktiviti tersebut sedanf diburu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button