Nasional

Wan Bangau ‘tokan dadah’ dah kena tangkap

POLIS menahan seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Bangau yang disyaki menjadi pembekal kepada pengedar dadah di sekitar ibu negara pada semalam.

Penangkapan lelaki berusia 34 tahun itu dilakukan susulan penahanan tiga suspek lelaki lain yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 39 hingga 46 tahun itu ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di Taman Dato Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 2.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pemeriksaan lanjut menemukkan kira-kira 88 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu yang bernilai RM7,100.

“Hasil ujian air kencing juga mendapatu kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine. Turut dirampas dalam serbuah itu ialah sebuah alat penimbang digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat dengan pengedaran dadah kira-kira dua bulan yang lalu dan memperoleh dadah daripada dua suspek lain iaitu Boy dan Wan Bangau.

Ujarnya, hasil risikan yang diperoleh, pihaknya telah membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan sama kira-kira pukul 5.30 petang.

“Dalam serbuan tersebut, kita menahan lelaki dikenali sebagai Wan Bangau dan hasil pemeriksaan menemukan lima paket lutsinar dadah jenis syabu seberat 5.1 gram.

“Suspek itu juga didapati positif dadah jenis methapmphetamine,” katanya.

Ujarnya, tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari manakala Wan Bangau ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan penglibatannya dalam kes pengedaran dadah di kawasan Petaling Jaya. -SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button