fbpx
BeritaNasional

Selidik pusat tahfiz sebelum hantar anak

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa supaya menyelidik keadaan sesebuah pusat tahfiz terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menempatkan anak masing-masing.

Langkah itu perlu kerana menurut beliau,  dengan mengetahui tentang latar belakang sesebuah pusat tahfiz tersebut dapat menggelakan keadaan tidak diingini daripada terus berlaku.

Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat berkata,
selain pihak berkuasa, masyarakat setempat  turut berperanan membantu memantau apa yang sebenarnya berlaku di sekeliling mereka.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 Peringkat Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil,  Kuala Lumpur, hari ini.

Berangkat sama ke majlis sambutan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Kelmarin, seorang pelajar Madrasah Nahdhah Syubban Addiniyah di Kampung Kuala Kuang, Lanchang dekat Temerloh, Pahang, Muhammad Aimin Nurul Amin, 7, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lanchang selepas ditemui dalam keadaan lemah oleh warden asrama.

Muhammad Aimin ditemui dengan kesan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul.

Pusat tahfiz terbabit dilaporkan mempunyai seramai 14 pelajar berusia antara tujuh dan 14 tahun dengan hanya seorang tenaga pengajar.

Show More

Related Articles

Back to top button