Hiburan

Semalam Norman Hakim, hari ini giliran Neelofa pula

POLIS sedang menyiasat satu kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan keluarga selebriti tempatan yang tular semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal mendapati video sambutan Aidilfitri itu dirakam di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal mendapati video tular berdurasi 26 saat itu dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada selebriti tempatan berkenaan.

“Video tersebut memaparkan ahli keluarga selebriti itu yang didapati berkumpul di sebuah rumah semasa sambutan 1 Syawal.

“Video ini juga telah dikongsi oleh netizen melalui laman sosial Twitter dan kes kini disiasat di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada 7 Mei lalu hingga 20 Mei depan.

Dalam SOP tersebut, aktiviti rentas semepadan negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran polis.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti tempatan ini dan hendaklah mematuhi semua peratusan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan. -SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button