Hiburan

Tahniah Tomok dapat baby baharu

PENYANYI yang cukup popular ketika bersama kumpulan New Boyz pada era 90-an, Tomok amat gembira apabila dia menimang cahaya mata ketiga pada Khamis lalu.

Berita gembira itu dimuat naik oleh penyanyi itu sendiri di laman sosial Instagramnya semalam bersama wajah bayi perempuan yang baharu dilahirkan oleh isterinya.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.

“Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah,” tulis Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 36.

Status tersebut turut mendapat rakaman ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Zara Zya, Nabil Ahmad, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Dengan lahirnya baby girl ini, adalah cahaya mata ketiga Tomok bersama dengan isterinya, Rahayu Abbas sepanjang perkahwinan yang dibina sejak 2 Julai 2011.

Menerusi perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9, dan Andrashah Iman yang berusia enam tahun. – SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button