Hiburan

Neelofa bengang penamal media manipulasi IG Storynya

SELEBRITI yang kini bergelar usahawan, Neelofa menjelaskan status yang dimuat naik melalui media sosial, Instagram story atau IG story akaunnya tidak berniat untuk ditujukan kepada individu tertentu.

Sebaliknya beliau berkata, ia bertujuan memberikan mesej positif itu kepada orang ramai yang rata-ratanya sedang bercuti.

Neelofa berkata, dia kesal kerana kenyataannya telah dimanipulasi oleh pengamal media dengan kefahaman yang berbeza.

Menurut Neelofa, status itu merupakan pandangan peribadi dirinya yang membawa maksud yang jelas iaitu semasa sedang bercuti, nikmatilah keadaan sekeliling daripada banyak memegang telefon.

“Sebelum ini, banyak peluang ke luar negara untuk bekerja dan melancong.

“Saya rasa mahu berubah dan menikmati dan menghargai pemandangan sekeliling daripada pegang telefon.

“Tetapi itu bukan bermakna tidak boleh langsung memuat naik status atau gambar-gambar di media sosial.

“Boleh sahaja dimuat naik gambar termasuk video sebagai kenangan. Saya juga buat perkara yang sama,” kata Neelofa menerusli aplikasi TikTok.

Neelofa berkata, apabila kita bercuti, nikmatilah percutian dengan gembira di samping tidak mengabaikan keselamatan.

“Saya berharap, mana-mana pihak yang memanipulasi status IG story saya, hentikanlah perbuatan itu,” katanya.

Terdahulu kenyataan Neelofa telah disalah tafsir oleh sesetengah netizen sehingga melalut dan menyentuh percutian beberapa selebriti lain. – SM

Kreadit Vedio : Berita Malaysia Kini

Menghadapi ujian menjadikan saya seorang yang lebih baik-Neelofa

Neelofa selamat lahirkan bayi lelaki

(Visited 258 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button