Hiburan

Ali XPDC tegaskan tidak dijangkiti COVID-19

Walaupun aktif sebagai jemaah tabligh

“SAYA memang salah seorang jemaah Tabligh tetapi saya tidak ke perhimpunan itu pada tarikh berkenaan dan saya juga tidak ada kontak rapat dengan jemaah yang positif COVID-19.”

Demikian pengakuan yang dibuat oleh vokalis kumpulan rock, XPDC, Ali kepada wartawan HARIAN METRO berhubung dakwaan dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat dijangkiti wabak itu.

Ali mengakui, dia ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selama sehari disebabkan oleh kemalangan disambar api di tangan dan muka serta memerlukan rawatan di hospital.

Ali dalam kalangan peminat tegarnya, masyarakat dan rakan artis yang sedia maklum bahawa dia aktif dengan tabligh berkata: “Orang menyangka saya antara yang dijangkiti menerusi cara kontak rapat dengan pesakit sedangkan sebenarnya saya memerlukan rawatan kerana disambar api di tangan dan muka.

“Disebabkan inilah, cerita saya terbabit sama dalam perhimpunan di Masjid Sri Petaling tersebar dan kebetulan semasa saya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kecoh tentang jemaah tabligh diminta tampil menjalani ujian saringan kesihatan bagi memastikan tidak dijangkiti COVID-19 ,” jelasnya.

Memahami senario yang berlaku hari ini mengundang rasa kebimbangan rakyat Malaysia terhadap wabak COVID-19, Ali berkata, “tak dinafikan, sekarang apabila ada orang tabligh masuk hospital, orang tentu sangka itulah penyakitnya.

“Alhamdulillah, saya tidak dijangkiti COVID-19 dan kemalangan yang menimpa saya bukanlah serius sangat pun. Insya-Allah, boleh pulih,” katanya.

Ali mengharapkan semua peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya bersangka baik dengan ujian Allah kerana percaya semuanya sudah diaturkan. Saya reda dengan apa yang berlaku dan ketentuan Allah. Yang penting saya hanya kena bersabar dan solat kerana itu sebahagian daripada iman,” katanya. – SUMBER-HARIAN METRO & ASTRO GEMPAK-SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button