Nasional

Vanidah Imran mahu Convent Bukit Nanas diselamatkan

SEKOLAH Menengah Convent Bukit Nanas (CBN) yang pajakan tanahnya tidak lagi akan dilanjutkan selepas tarikh luput pada 6 September tahun ini wajar dipertahankan kerana ia merupakan antara khazanah negara.

Pelakon terkenal, Vaidah Imran yang juga  alumni CBN, berkata ia tidak boleh dibiarkan menjadi mangsa sikap rakus sesetengah pihak yang tamak mahukan tanah itu.

Katanya itu akan mengakibatkan Kuala Lumpur kehilangan bangunan yang mempunyai nilai warisan bersejarah.

“Kenapa? Pihak mana yang tamak sangat mahukan tanah itu? CBN ada surat sokongan daripada Kementerian Pendidikan. Jadi, saya tidak faham kenapa lesen pajakan tanah tidak dapat diperbaharui?

“Seandainya CBN dirobohkan, Kuala Lumpur akan kehilangan sebuah lagi bangunan yang memiliki seni bina menarik. Kuala Lumpur bakal kehilangan dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti Le Coq d’Or Mansion yang kini telah dibangunkan menjadi hotel.


“Bangunan ikonik Penjara Pudu telah dirobohkan untuk dijadikan lokasi komersil mewah dan Tasputra Perkim (1987) milik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang kini dibina sekolah antarabangsa, dan beberapa tempat lain lagi,” tulis Vanidah di Instagram.

Katanya, sepatutnya negara ini menjadi sebuah negara yang banggakan identiti, budaya dan warisan sejarah tersendiri.

Dipercayai, permohonan semakan kehakiman CBN untuk mencabar keputusan kerajaan itu telah berlangsung dan didengari oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam perkembangan lain, sebuah petisyen bertajuk ‘SAVE SMK CONVENT BUKIT NANAS’ telah dibuat. Sebanyak 25,000 tandatangan diperlukan untuk menyokong sekolah tersebut mendapatkan pembaharuan pajakan.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button