JenayahNasionalNegeri

Cemburu motif bunuh pemandu e-panggilan di Tawau

KES bunuh seorang lelaki di Tawau, Sabah yang dikaitkan dengan penahanan lapan pegawai dan anggota Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dipercayai bermotifkan cemburu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, tiga orang awam turut ditahan untuk membantu siasatan bagi mengumpulkan bukti.

“Seorang wanita iaitu orang awam sudah dituduh di Mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

“Berdasarkan bukti dan keterangan yang ada selepas ini, kita akan rujuk semula kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan seterusnya,” katanya selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini seperti dilaporkan portal berita FMT.

Idris berkata, kes ini lebih bersifat peribadi dan wanita yang dihadapkan ke mahkamah semalam adalah isteri si mati.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes ini.

Dalam kejadian 13 Januari lalu, seorang pemandu e-panggilan ditemukan mati di sebuah ladang sawit dekat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Batu 5, Tawau.

Susulan itu, beberapa individu ditahan termasuk lapan pegawai dan anggota ESSCOM bagi membantu siasatan. – SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button