Nasional

Vaksinasi dewasa: Tinggal 1.2% untuk buka sempadan negeri

BILANGAN populasi dewasa yang lengkap divaksin Covid-19 mencecah 88.8 peratus semalam menjadikan baki 1.2 peratus untuk sempadan antara negeri dibuka.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 20.786 juta penduduk dewasa telah menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

Sementara 94.6 peratus atau 22.135 juga orang dewasa di negara ini telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data JKJAV menunjukkan secara keseluruhan 24.200 juta (74.1 peratus) rakyat Malaysia telah menerima satu dos vaksin dan daripada jumlah itu 20.915 juta (64.0 peratus) telah lengkap disuntik dua dos vaksin.

Hanya berbaki lima negeri mencatatkan bawah 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.

Ia melibatkan negeri Pahang (79.0 peratus), Kedah (78.2 peratus), Perak (77.3 peratus), Kelantan (72.9 peratus) dan Sabah (63.3 peratus).-SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button