Nasional

102 individu dikompaun kerana tidak pakai pelitup muka

SEBANYAK 245 individu dikenakan kompuan manakala 15 lagi direman kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 102 adalah di atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

“Kesalahan lain ialah kerana gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (79), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (40), aktiviti pusat hiburan (27) dan lain-lain (12).

“Sebanyak 2,902 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,741 anggota telah membuat
pemantauan di kawasan seperti pasar raya, restoran dan kilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Operasi Benteng pula menyaksikan sebanyak 18 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan.


Menurut Ismail Sabri, turut ditahan ialah tiga tekong serta merampas tiga buah kenderaan berat.

“Sebanyak 122sekatan jalan raya (SJR)
dilaksanakan semalam dan kita juga akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota haru, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan akan ditamatkan hari ini.

Ujarnya, ia adalah disebabkan trend penurunan mendadah dan terkawal kes Covid-19 di sana.

“PKPB Daerah Kubang Kerian dan Kusial di Kota Bharu pula akan tetap diteruskan sehingga 20 Disember depan,” jelasnya. -SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button