Nasional

Moratorium: Tiada caj tambahan dikenakan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli

TIADA sebarang caj tambahan akan dikenakan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah bagi tempoh sepanjang moratorium (penangguhan).

Itu kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, hari ini.

Memetik laporan BERNAMA, Tengku Zafrul berkata, sehubungan itu, peminjam perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing.

“Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ini adalah merujuk kepada saranan kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan faedah ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli konvensional dan syariah, katanya.

Tengku Zafrul berkata, justeru Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara tersebut.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh pembiayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut boleh didapati dari bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya. – BERNAMA-SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button