Nasional

Vaksin Covid-19: Pastikan negara terawal dapat akses

KERAJAAN giat memperkukuh hubungan diplomasi dalam bidang sains bagi memastikan negara diberi keutamaan untuk mendapatkan akses vaksin Koronavirus (Covid-19).

Inisiatif tersebut sedang dilaksanakan tiga kementerian iaitu Luar Negeri, Kesihatan (KKM) dan Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

[BACA] Lahirkan ramai lagi Ebit Lew, bukannya `ustaz selebriti’ — Suara Merdeka

Melalui sinergi tersebut, kerajaan akan menggunakan pendekatan diplomasi dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin bagi penyakit pandemik itu.

Hal berkenaan dimaklumkan oleh Menteri MOSTI, Khayry Jamaluddin Abu Bakar yang menjelaskan, sekarang adalah masa sesuai untuk menerokai diplomasi sains.

“Semalam satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan tentang potensi pendekatan ‘diplomasi sains’ antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin Covid-19.

“Beberapa negara telah dikenal pasti akan menjadi tumpuan utama dalam diplomasi sains ini memandangkan mereka mencapai tahap yang lebih ke hadapan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tambah beliau, selain daripada negara sasaran, potensi negara lain dalam penghasilan vaksin berkenaan juga turut diberi perhatian.

[BACA] Rakyat Malaysia pulang dari luar negara sumbang peningkatan kes Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Mat Sabu, Pakatan Harapan patut salahkan diri sendiri — Suara Merdeka

Menurut Khairy Jamaluddin, sehingga hari ini belum ada vaksin yang benar-benar berkesan dalam mengubati Covid-19.

“Malaysia akan terus juga menerokai peluang diplomasi sains dengan negara-negara yang lain.

“Diharapkan usaha-usaha yang akan dijalankan ini mampu memberikan hasil yang memberangsangkan dalam usaha negara memerangi wabak Covid-19 ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam memaklumkan, Wisma Putra akan memberi kerjasama.

“Bagi pihak Wisma Putra – melalui hubungan diplomatik dengan negara luar, kita akan usaha pastikan Malaysia diberi keutamaan atau ‘first mover advantage’ untuk terima vaksin Covid-19.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dilaksana, negara mula mencatatkan jumlah kes jangkitan harian di bawah seratus.

Jumlah jangkitan yang rendah itu direkodkan dalam tempoh empat hari berturut-turut.

[BACA] COVID-19 catat 60 peratus pesakit sembuh, 57 kes baharu dan 3 kematian — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Jumlah korban di seluruh dunia kini cecah 170,042 orang – Suara Merdeka

Sementara itu, daripada 5,482 jumlah kes, lebih 50 peratus pesakit sembuh iaitu 3,349 orang sementara 92 kematian direkodkan sejak PKP mula dilaksana pada 18 Mac. – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button