Nasional

Wakaf pakaian seragam suksis anak untuk UPSI

Sepasang pakaian seragam Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) milik graduan yang menerima ijazah secara anumerta, arwah Muhammad Aqil Roslee, diwakafkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena majlis Istiadat Konvokesyen ke-24 universiti berkenaan.

Roslee (dua dari kiri) menyerahkan pakaian seragam milik anaknya, Muhammad Aqil kepada Prof Md Amin sambil disaksikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin (kanan).

Bapanya, Roslee Fadzil, 59, menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Kejurulatihan) berkata anak ketiga daripada lima beradik itu mengalami kemalangan pada minggu akhir menjalani Latihan Industri di Parit Buntar, Perak.

“Anak saya yang menyewa di Jejawi menaiki motorsikal dalam perjalanan ke sebuah gimnasium tempatnya menjalani Latihan Industri di Parit Buntar, namun terbabit dengan kemalangan kira-kira jam 10.00 malam di Nibong Tebal,” katanya.

Roslee, pesara Pasukan Gerak Am , Ulu Kinta yang kini menetap di Sik, Kedah hadir bersama isterinya , Nor Bahagia Zainol,53; kakak, Noramalina, 28 serta abang, Lutfi Hadi, 23.

Katanya, arwah sangat seronok tinggal di rumah baharu dan suka berada di ruang tamu sambil mengusik ibu dan saudaranya yang lain.

“Anaknya itu suka menyendiri di dalam bilik, tetapi apabila menduduki rumah baharu dia suka berada di ruang tamu dan membantu ibunya di dapur serta membantu saya memesin rumput di halaman atau kebun,” katanya.

Roslee bersedia menyumbangkan pakaian seragam SUKSIS arwah anaknya itu kepada UPSI yang diwakili oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff selepas selesai istiadat penganugerahan ijazah yang disampaikan oleh Pro -Canselor, Tan Sri Prof Emeritus Dr Zakri Abdul Hamid.

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button