Hiburan

Skuad JDT bakal memeriahkan Festival Majestic Johor 2023 X Starvendors di Puteri Harbour

Buat warga Johor sudah tentu ternanti-nanti untuk beramah mesra dengan lebih lebih rapat bersama skuad pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikagumi oleh rakyat negeri itu.

Starvendors lebih meriah dengan adanya JDT

Skuad pasukan tersebut bakal memeriahkan acara Majestic Johor Festival anjuran Tourism Johor dengan kerjasama Star Vendors Event, bakal berlangsung di Puteri Harbour, Kota Iskandar pada 26 Ogos hingga 3 September 2023 dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Acara ini merupakan penganjuran kali kedua yang dijayakan oleh Starvendor di Johor kerana melihat sambutan yang bergitu hangat sebelum ini.

Tourism Johor memilih Starvendors untuk memperkenalkan negeri itu 

Pengarah Tourism Johor, Tuan Haji Suhairi berkata, terdapat antara enam syarikat yang bersaing untuk dapatkan tender dari Tourism Johor, tapi hanya satu sahaja terpilih iaitu Starvendors, pemilihan ini berdasarkan nama baik organisasi itu sendiri dan mempunyai jenama yang kuat di Malaysia.

“Kita menilai kerana imej yang baik kita juga melihat Starvendors sudah berjaya banyak kali, sebelum ini mereka sudah lakukan seperti Mega Raya malah sehingga pecah rekod selain itu kita melihat jenama ini sudah kuat di Malaysia dari segi membantu usahawan tempatan jadi inilah antara faktor yang kita pertimbangkan”. Jelasnya semasa sesi sidang media diadakan di Hard Rock Café Puteri Harbour.

Ifa Raziah bersama pengarah Tourism Malaysia, Tuan Haji Suhairi dan YB Datuk Pandak adun Iskandar Puteri

Bagi Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, Datuk Saripah Raziah atau lebih dikenali Ifa Raziah, peluang ini merupakan satu tanggungjawab yang besar pada dirinya untuk memperkenalkan negeri itu pada orang ramai.

“Starvendors dipilih oleh dua orang panel juri, mereka yang memilih bukan saya yang memadai-madai kerana ia berdasarkan presentation kertas kerja saya dan nama baik Starvendors itu sendiri, saya ikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri tidak mengunakan kuasa nama selebriti untuk dapatkan projek ini’’. Ujarnya semasa sesi temu rahmah bersama media.

Antara barisan artis yang terlibat

Selain itu acara ini juga melibatkan 10 daerah Negeri Johor yang akan membawa pelbagai produk dan perkhimatan dari daerah masing-masing bagi memperkenalkan kepada orang luar khusunya negara jiran Singapura dan Indonesia.

Malah pengunjung akan diberi peluang untuk menyaksikan Konsert ‘’Road Tour’’ reunion Gegar Vaganza yang akan ditayangkan di Astro.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah aktiviti kanak-kanak seperti mewarna, karaoke Star Voice, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Acara festival ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Masuk adalah percuma termasuk konsert percuma setiap malam. Juga ada di sana nanti pesta kopi dan dessert, ‘booth’ Hard Rock café dan Harley Davidson.

Dalam masa yang sama turut meraihkan bulan kemerdekaan dengan adanya acara seperti perarakkan kemerdekaan dan semestinya sambutan kemerdekaan ke 66 diakhiri dengan pertunjukkan bunga api.

Turut memeriahkan minggu tersebut adalah Hot Air Balloon yang dibawakan oleh Golden Value Ventures Academy secara percuma untuk 160 pengunjung terawal dengan syarat yang ditetapkan.

Selain daripada memberi peluang kepada usahawan tempatan, Majestic Johor Festival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 60 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Wak Doyok, Dato Sri Aliff Syukri, Khai Bahar, Sherry Ibrahim, Black Hanifah,  Noraniza Idris, Hafiz Suip, Reen Rahim, Nadia Brian, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Selain artis, kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd.

Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. UEM Sunrise Berhad telah menyediakan lokasi bagi acara ini selaku rakan kongsi lokasi. Rakan strategik yang bersama juga seperti Sunway Hotel Big Box, JB homestay yang menyediakan penginapan untuk selebriti.

Harapan kerajaan Negeri Johor menjadikan negeri Johor sebagai salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke Johor. Tambahan lagi, industri Pelancongan Johor menjadi potensi bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan mampan di Asia.

Artikle Berkaitan :>

Buat bazar raya Starvendors 2021, Ifa Raziah pastikan SOP dipatuhi

[VIDEO] Pakai Tudung Tak Bermakna Allah Bagi Peluang Tunai Umrah Atau Haji – Ifa Raziah

 

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button