Hiburan

Mahu ke luar negara sertai The Voice

NAMA penyanyi Elica Paujin makin dikenali ramai selepas berjaya menjuarai program realiti nyanyian Big Stage musim keempat baru-baru ini.

Beliau sendiri mengakui selepas menyertai pertandingan tersebut rezekinya dalam bidang seni semakin meningkat dan orang ramai semakin mengenali bakat nyanyiannya.

Penyanyi berasal dari Sabah itu turut berkongsi memasang niat untuk mengembangkan bakat beliau ke luar negara seperti pertandingan realiti nyanyian The Voice.

Jelasnya, itu menjadi salah satu perancangan masa depan beliau untuk karier nyanyian ini sekali gus berkata ia tidak salah untuk mempunyai niat dan impian yang besar.

Justeru kejayaan yang dia kecapi kini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan selepas melihat perjalanan jatuh bangun sepanjang bergelar penyanyi. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button