Nasional

UPSI kerja keras realisasi pelbagai kejayaan

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat julung kalinya telah tersenarai di dalam QS World Universiti Ranking by Subject (Education) 2022 pada kedudukan 201 – 250 dunia.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, pencapaian itu adalah satu pengiktirafan antarabangsa kepada UPSI sebagai sebuah universiti yang berteraskan bidang pendidikan dalam melahirkan insan guru yang berkualiti untuk negara.

“Pencapaian ini harus dibanggakan oleh seluruh warga UPSI dan alumni serta diharapkan UPSI mampu meningkatkan prestasi penarafan ini pada masa akan datang lebih-lebih lagi sedang menyambut sambutan 100 tahun pusat pengajian yang termasyhur ini,” jelasnya.

Sebanyak 51 bidang disenaraikan oleh QS WUR by Subject 2022 dan indikator utama di dalam penilaian ini adalah reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi penyelidikan dan H-index.

Prestasi UPSI di dalam penarafan QS WUR by subject (Education) 2022 adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPSI 2021 – 2025 yang mengambil kira kebitaraan akademik, kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dan keunggulan graduan.

“UPSI menawarkan pengajian pendidikan pelbagai bidang daripada tahap ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Pencapaian UPSI di dalam penarafan ini telah membuktikan UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di Malaysia,” katanya.

Pengarah Jabatan Strategik, Profesor Madya Dr Azmi Mohamed berkata tahun lalu UPSI merangkul empat pencapaian World Ranking University yang membanggakan seluruh warga universiti.

“Pada tahun ini kakitangan UPSI akan terus bekerja keras merealisasikan pelbagai kejayaan sebagai pengisian sambutan 100 tahun yang sedang berlangsung sehingga 29 November depan,” katanya. – SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button