Rencah Hidup

Wanita bawa anjing masuk Tesco

KURANG ajar, sudah jelas terpapar di pintu masuk dan umum tahu larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah.

Keterlaluan, seorang wanita didapati membawa anjing peliharaan ke dalam sebuah pasar raya besar di Johor Bahru, Johor.

Menerusi satu ciapan dan dua keping gambar yang dimuat naik dalam Twitter milik Nanmanjoi, wanita berbangsa Cina itu dikatakan degil tetap mahu membawa haiwan peliharaanya.

Lebih teruk, wanita tersebut turut bersikap agresif apabila diarahkan keluar daripada premis berkenaan oleh kakitangan pasar raya itu.

“Berlaku di Tesco Tebrau, dah bawa anjing di Tesco,  bila orang suruh keluar dengan cara baik, dia mengamuk depan kaunter.

“Bila minta troli diasingkan, dia mengamuk lagi, ” ciapan Nanmanjoi baru-baru ini.

Ciapan berkenaan tular apabila mendapat lebih 5,000 ulang ciap dan 3,000 tanda suka.

Status tersebut turut mengundang reaksi netizen yang menyifatkan tindakan sedemikian sebagai melampau.

“Lepas ni kalau aku pergi Tesco heret kambing ke lembu ke jangan bising,” komen Andyfxx.

“Seret lembu kambing dia tak marah. Saya cadang bawak tulisan Jawi,” balas Irwan Rahim.

“Some of them ni macam bukan bodoh tau, tetapi macam sengaja cari fasal, sengaja nak api-apikan bangsa-bangsa di negara ni,” luah Syed Asyraf.  – SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button