NasionalPolitik

`Beli orang’ tidak akan membantu – Anwar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  jika para pemimpin Pakatan Harapan hanya mempamerkan kuasa, agih projek dan `membeli’ orang itu tidak akan membantu mereka.

Katanya, dalam PH mesti ada sikap rendah diri dan lihat rakjyat yang gelisah yang telah pun melakukan protes pada pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai.

“Ini masalah saya lihat setelah Tanjung Piai, ada orang anggap tak ada apa-apa berlaku. Padahal Tanjung Piai itu dalam sejarah, satu kejutan luar biasa iaitu kebangkitan rakyat menggunakan peti undi untuk beri mesej jelas kepada kita.

“Jadi dalam Pakatan Harapan mesti ada sikap rendah diri, nampak rakyat gelisah marah atau protes atau nak ajar kita, maka belajarlah cepat.

“Kalau masih lagi cara begini, pamer kuasa masing-masing, nak agih projek, nak beli orang, guna berita palsu. Ini semua tak bantu kita,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Anwar juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sebarang cubaan untuk mengekalkan kuasa menerusi saluran tidak betul hanya akan mengalih tumpuan dan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

“Sebenarnya saya tak fikir ini satu masalah pun. Saya tidak juga halang sesiapa lain yang berminat (untuk jadi PM), tapi ikut jalur biasa, kalau tidak nanti kita kena pakat dengan kelompok itu, kelompok ini, mesyuarat sulit sana, sini, jadi tak tumpu kerja,” katanya.

Katanya, semua pihak dalam PH sepatutnya mengambil langkah efektif setelah berhadapan kekalahan pada PRK Tanjung Piai.

“Apa masalahnya? Masalah rakyat. Ekonomi harus dibangunkan, masalah rakyat harus diselesaikan. Kalau kita (Pakatan Harapan) tak belajar lagi dari pukulan teruk di Tanjung Piai, parah kita,” katanya.

Anwar juga kesal kerana ada dalam kalangan angota PH yang memandang remeh kekalahan besar di kawasan Parlimen itu sehingga menumpukan kepentingan diri sendiri dan  mencari pengaruh untuk mengukuhkan kedudukan.

Beliau juga enggan melayan sebarang berita yang tular mengenai peralihan kuasa dari Dr Mahathir kepadanya kerana perkara itu telah disepakati sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi.

Mengulas mengenai mesej yang tersebar mengenai keberadaannya di Istana Negara pagi tadi, Presiden PKR itu berkata, ia hanya berita palsu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak mempunyai pengaruh semata-mata untuk melaga-lagakan.

“Ini cuma percubaan untuk laga-lagakan dalam kalangan yang tiada kekuatan, bila tiada kekuatan, dia akan gunakan fitnah dan penipuan,” ujarnya. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button