Nasional

UPSI bangunkan Galeri Muallim, Koleksi AURORA untuk rujukan komuniti

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini memiliki Galeri Muallim dan Koleksi AURORA (Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy) yang ditempatkan di Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang boleh menjadi rujukan masyarakat.

Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) sebuah perpustakaan akademik yang meninggalkan legasi hebat dan sejarah yang panjang dalam negara yang mewarisi koleksi pendidikan sejak zaman SITC yang ditubuhkan pada 29 November 1922.

Puan Sri Rohani Parkash (kiri) melihat Galeri Muallim di Perpustakaan Tuanku Bainun

Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah yang menyempurnakan majlis perasmian Galeri Muallim dan Koleksi AURORA berkata Koleksi AURORA di perpustakaan ini bertindak sebagai menyokong Pusat Kokurikulum UPSI yang menyediakan latihan berstruktur, kursus profesional, pusat pangkalan data, menjalankan kajian, penerbitan, perundingan serta menjadi pusat rujukan dalam bidang rekreasi di peringkat kebangsaan.

Tetamu yang menghadiri majlis perasmian.

“Saya yakin koleksi ini akan berkembang dan jumlah bahan yang ada ini sebagai pemangkin di mana tidak mustahil bagi UPSI sebagai peneraju pendidikan kepimpinan rekreasi pada masa hadapan selain bidang pedagogi dan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

“ Usaha ini membangunkan pangkalan data bahan rujukan ini boleh digunakan oleh komuniti dan warga UPSI berikutan mengandungi bahan-bahan seperti tesis, buku, artikel, tacit knowledge mengenai tokoh-tokoh daerah Muallim akan menjadi rujukan para penyelidik yang berminat dengan bumi Muallim ini,” katanya.

Ruang Pameran Galeri Muallim.

Sementara itu Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata Galeri Muallim berfungsi sebagai sebuah pusat rujukan setempat (one stop center) mengenai segala aspek daerah Muallim merangkumi sejarah Tanjong Malim, Slim River, SITC-MPSI-IPSI-UPSI, tokoh-tokoh, tempat-tempat bersejarah, zaman darurat, perang dunia kedua dan pembangunan terkini daerah Muallim.

Beliau berkata kakitangan PTB sentiasa bertindak secara proaktif bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang ‘Sambutan 100 Tahun UPSI’ pada tahun ini.

Antara bahan yang mengisi Koleksi AURORA.

Sementara itu Ketua Pustakawan PTB, Noriha Muhammad berkata Galeri Muallim berfungsi sebagai sebuah pusat rujukan setempat (one stop center) mengenai segala aspek daerah Muallim merangkumi sejarah Tanjong Malim dan Slim River, sejarah SITC-MPSI-IPSI-UPSI, biografi tokoh-tokoh, tempat-tempat bersejarah, zaman darurat, perang dunia kedua dan pembangunan terkini daerah Muallim.

Prof Datuk Dr Md Amin menyampaikan Ucapan.

PTB, katanya, berkolaborasi dengan Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) membangunkan Galeri Muallim VR dengan menggunkan teknologi realiti maya dan immersive technology untuk memberi pengalaman visual yang baharu kepada pengunjung, manakala Koleksi AURORA adalah koleksi khas yang baharu diwujudkan dan menyediakan bahan-bahan rujukan untuk aktiviti kem, latihan berstruktur, kursus profesional, perundingan serta menjadi pusat rujukan dalam bidang rekreasi di peringkat kebangsaan.

Hadir sama Orang Besar Jajahan Muallim, Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad serta Pegawai Pendidikan Daerah Muallim, Hamizah Abdul Hamid.

(Visited 359 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button