MahkamahNasional

Permohonan batal pertuduhan Ahmad Maslan ditolak

PERTUDUHAN yang dihadapi Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, berhubung wang bernilai RM2 juta dipercayai sempurna dan tidak cacat.

Justeru permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya membabitkan pengubahan wang haram ditolak.

Malah, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,  Azman Ahmad pagi ini berpuas hati apabila permohonan yang difailkan Setiausaha Agung UMNO itu didapati pramatang.

Terdahulu, Ahmad dituduh gagal mengistiharkan wang bernilai RM2 juta dimilikinya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Memetik laporan portal Malaysiakini hari ini, wang berkenaan dikatakan diterima daripada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BACA > Pilih Mahathir bukan bermakna abaikan Anwar — Suara Merdeka

Selain pertuduhan berkenaan, bekas Timbalan Menteri Kewangan itu turut berhadapan dakwaan memberi kenyataan palsu kepada Suruhanjaa Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah tehadap kedua-dua dakwaan itu.

Susulan itu pada 21  Februari lalu, Ahmad, 54, mengemukakan permohonan bagi membatalkan pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan kepada fakta kes,  Ahmad didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar.

Pengisytiharan itu sepatutnya dinyatakan Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

BACA > Giliran Suhakam pula kecam Abdul Azeez — Suara Merdeka

RM2 juta itu dikatakan diterima beliau menerusi sekeping cek AmIslamci Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 yang mana cek itu ditunaikan sendiri olehnya pada hari sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April, 2014.

Oleh demikian, beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sabit kesalahan Ahmad boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BACA > Ahmad Maslan dijamin RM500,000, serah pasport antarabangsa pada mahkamah — Suara Merdeka

Ahmad bagaimanapun dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM500,000 oleh mahkamah dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian memberikan syarat tambahan pasportya diserahkan kepada mahkamah. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button