Hiburan

Upin & Ipin tewaskan animasi Korea Selatan, AS

SIRI animasi Upin & Ipin yang mula disiarkan pada tahun 2007 yang berperanan dalam mendidik anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai murni telah mencipta pelbagai rekod serta cemerlang dalam setiap siri dan filem tayangannnya.

Upin & Ipin pernah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2011 sebagai animasi paling berjaya atas kejayaannya menambat hati penonton di dalam dan luar negara.

Sekali lagi Upin & Ipin mengharumkan nama negera dengan mengekalkan kemenangan pada Anugerah Penyiaran Ramah Anak (APRA) 2021 menerusi kategori Program Animasi Asing yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 November lalu.

APRA 2021 merupakan majlis anugerah anjuran Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) yang memberi pengiktirafan kepada program televisyen negera jiran.

Kemenangan Upin & Ipin tersebut telah dikongsi oleh Les’Copaque di laman Intagram miliknya.

Menurut Pengarah Kandungan Kreatif Les’Copaque Production Sdn Bhd, Nur Naquyah Burhanuddin, kemenangan itu merupakan satu pencapaian yang mengujakan kerana Upin & Ipin meraih anugerah tersebut dua kali berturut-turut selepas menewaskan program animasi dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Upin & Ipin sudah sampai ke Indonesia dan berjaya membawa pulang trofi, mengalahkan animasi dari Korea Selatan, AS dan lain-lain negara. Bukan sekali, tetapi dua kali berturut-turut.

“Ini membuktikan Upin & Ipin berjaya memartabatkan animasi tempatan ke peringkat antarabangsa. Jadi, tekaan sesetengah pihak yang beranggapan Upin & Ipin hanya jaguh kampung meleset sama sekali,” katanya.

Naquyah berkata, siri Upin & Ipin ditayangkan menerusi stesen MNCTV sejak 2010 dan dimainkan selama lima jam dalam sehari memperolehi jumlah tontonan sangat tinggi.

Tambahnya, Upin & Ipin akan tampil dengan musim ke-16 pada tahun hadapan namun tiada perancangan untuk menghasilkan filem.-SM

(Visited 667 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button