Hiburan

COVID-19: Shima Anuar kesal ketidakprihatinan ibu bapa

PELAKON Shima Anuar meluahkan rasa kesal apabila melihat ramai ibu bapa yang keluar ke pusat beli belah membawa anak.

Menurut laporan Astro Gempak, Shima berkata, dia melihat perkara itu ketika keluar sendiri menguruskan urusan harian.

“Pergi Curve tadi beli barang untuk anak-anak dan ambil stok contact lense, saya sorang sahaja.

“Tapi tadi ada banyak keluarga keluar ramai-ramai siap bawa kanak-kanak lagi, seronok ya?

“COVID-19 tu dah lesap dari dunia eh? ke ada yang pakai ubat kebal? kalau ada kongsi sikit mana beli,” tulisnya menerusi ruangan Instagram Story.

Terdahulu, sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga semalam, kes yang membabitkan rakyat Malaysia adalah sebanyak 200 pesakit sahaja.

Sementara jumlah kes baharu secara keseluruhan sepanjang PKPB adalah sebanyak 1800 pesakit.

Apapun, pastikan anda sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial, kerap mencuci tangan dan lakukan semua langkah yang boleh mencegah penularan wabak COVID-19, kita belum menang!

(Visited 535 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button