HiburanpilihanUncategorized

“Saya, Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu”

PENYANYI Adira Suhaimi dan usahawan yang dikenali dengan panggilan Datuk Red akhirnya bercerai dengan talak satu hari ini selepas perkahwinan mereka dikurniakan zuriat.
Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu melafazkan talak satu terhadap Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.
“Bahawa saya, Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaz Adnan.
Adnan ketika prosiding sedang dibacakan dalan mahkamah, kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Kes perceraian pasangan ini didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Rawang itu Adnan ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Azman.
Sementara Adira diwakili peguam Nor Saidah Zakaria.
Pasangan itu bersalaman di dalam dewan sebelum bersurai. – SM
(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button