Nasionalpilihan

Nahas helikopter: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM

Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, sebaik selesai proses bedah siasat.
Difahamkan selepas itu, jenazah dan jasad kesemua mangsa akan dibawa ke destinasi pengebumian di negeri masing-masing seperti dimohon waris.
Memetik BERNAMA, jenazah terdiri daripada Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Komander Muhamad Amir Mohamad.
Jenazah empat lagi ialah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Sementara jasad mendiang Leftenan Sivasutan Thanjappan akan dibawa ke Kampung Serdang Sitiawan manakala Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan ke Serian, Sarawak.
Setakat ini, proses bedah siasat ke atas kesemua mangsa masih berjalan dan dijangka selesai kira-kira 3 petang ini.
Semalam kesemua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk proses bedah siasat.
Dalam kejadian 9.32 pagi semalam 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
(Visited 27 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button