Nasional

Ibu bapa jangan campur tangan kes buli libatkan pelajar tingkatan 4 – PIBG MCKK

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di sini meluahkan kekesalan terhadap tindakan menularkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah itu, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook (FB), persatuan itu berkata, tindakan menularkan kes itu di media sosial memberi impak besar serta membawa imej buruk kepada institusi sekolah itu secara keseluruhan.

“Kami mengambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4 sekiranya keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah ke atas murid yang terbabit tidak diubah.

“PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa terbabit di dalam pengurusan sekolah ini. Dalam hal yang berkaitan, PIBG menghormati pendirian pihak sekolah dan Tuan Pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan 4,” kata kenyataan itu.

PIBG MCKK dalam kenyataan itu juga memaklumkan ada menerima laporan mengenai pelajar MCKK yang diherdik dan dihalau dari premis makanan sekitar bandar ini dan dianggap sebagai pembuli.

“PIBG memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu oleh pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini,” katanya.

Baru-bari ini, sebuah media tempatan melaporkan polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 sebuah sekolah berasrama penuh dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

(Visited 468 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button