Nasionalpilihan

Polis sahkan saman ‘Ikon Permotoran’ terkenal memandu tanpa lesen

SEORANG Ikon Permotoran terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 20-an itu yang terkenal dalam media sosial TikTok ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,” katanya.

Katanya, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan katanya.

Artikel berkaitan > Netizen persoalkan sekolah jemput ‘Ikon Permotoran’ beri motivasi kepada pelajar!

(Visited 656 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button