fbpx
Politik

UMNO tolak kerjasama dengan DAP

UMNO tetap tegas dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan DAP dan menolak kerjasama pihak yang bersekongkol dengan DAP dalam membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, dalam menghadapi apa juga situasi politik negara ketika ini, UMNO konsisten dengan prinsip dan ideologi yang menjadi asas dan pegangan parti.

“UMNO tetap menolak pembentukan kerajaan dan apa juga perkara yang ada hubungan dengan DAP termasuk mana-mana pemimpin yang bersekongkol dengan DAP,” katanya.

BACA:Sokongan DAP, Amanah kepada Tun M lawak jenaka, hipokrasi atau desperado

BACA:DAP mahu buat terbaik untuk rakyat Malaysia, kata Kit Siang


Katanya, DAP parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai.

“Kerosakan negara selepas PRU-14 dan kehancuran Kerajaan PH ini sebenarnya berpunca daripada DAP.

“DAP antara penyebab utama kegagalan Pakatan Harapan,” katanya.

Justeru beliau memberi amaran kepada DAP supaya tidak menyalahkan UMNO apabila PH hancur.

“Kehancuran Kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH sendiri terutama DAP.

“Justeru itu kenyataan media Lim Guan Eng yang salahkan UMNO akibat kehancuran PH sangat tidak tepat dan berniat jahat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button