Politik

Dengan profil yang hebat, Mujahid perlu terima pelawaan berdialog

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa perlu menerima pelawaan stesyen berita Astro Awani untuk berdialog dengan bekas Timbalan Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan isu Tabung Haji.

Menurut Asyraf Wajdi, dengan profil yang hebat yang ditulis oleh Pegawai Tugas-tugas Khas beliau Ali Muda dan disiarkan di portal Malaysiakini semalam, menteri yang ditugaskan berkaitan hal ehwal Islam itu tidak sepatutnya keberatan untuk menerima pelawaan Astro Awani untuk berdialog dengan beliau.

“Terkesima saya membaca profil Kekanda YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang ditulis dan dikarang oleh Pegawai Tugas-tugas Khas beliau Ali Muda di Malaysiakini.

“Dengan profil yang begitu hebat, moleklah YB Dr Mujahid Yusof Rawa menerima pelawaan untuk berdialog dengan saya, walaupun mungkin tidaklah sehebat Kekanda,” kata Asyraf Wajdi.

Menurut Asyraf Wajdi, dialog tersebut hanya untuk mencari kebenaran dan manfaat kepada umma.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, lebih wajar untuk kedua-dua mereka berdialog secara ilmiah, tertib dan beradab mengenai Isu Tabung Haji dan amat berharap Mujahid dapat menerima pelawaaan berdialog tersebut.

Sebelum ini dalam satu hantaran di Facebooknya pada 25 Januari lalu, Asyraf Wajdi memberitahu pihak Astro Awani telah menghubungi beliau untuk mengaturkan satu sesi Dialog di dengan YB Dr Mujahid. Dialog tersebut mengenai isu-isu menyentuh Tabung Haji.

“Saya terus menyatakan persetujuan, cuma menanti jawapan pihak Dr. Mujahid. Harap-harap beliau terima pelawaan tersebut demi manfaat ummah,” kata Asyraf Wajdi.

Sementara Ali Muda yang merupakan Pegawai Tugas-tugas Khas Mujahid dalam tulisan yang diterbitkan di Malaysia kini semalam mempertahanan Ahli Parlimen Parit Buntar dari Parti Amanah Negara itu.

BACA ARTIKEL: Mujahid – ikon inklusiviti yang disalah erti

Dalam tulisannya, Ali Muda berkata, Mujahid telah diserang sebagai pembawa faham liberal yang membenarkan maksiat peribadi dilakukan oleh umat Islam, dikritik pedas kerana mengatakan Islam menjaga semua agama, dituduh pengkhianat bangsa dan agama kerana dilihat banyak menyebelahi atau bersikap lunak dengan DAP, sebuah parti liberal demokratik pelbagai kaum.

“Dalam isu tulisan Jawi, mempertahankan tanglung daripada diturunkan di sebuah sekolah dan sambutan Ponggal di sekolah, beliau dilabel sebagai sangat meraikan orang kafir berbanding menjaga akidah umat Islam. Akibatnya banyak kali beliau dituduh kafir atau munafik.

“Lantaran tidak mempertahankan Dr Zakir Naik untuk kekal memberi ceramah perbandingan agama secara terbuka, beliau menambah deretan musuh sedia ada dengan musuh baru pengkagum Zakir, iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza dan para pengikut setianya.

“Persoalannya, adakah benar Mujahid adalah seorang pembelot agama, pengkhianat bangsa, penggadai akidah umat, munafik atau kafir akibat pendirian dan gagasannya yang dilihat lebih meraikan orang-orang kafir?” tanya Ali Muda.-SM

BACA ARTIKEL: Mujahid – ikon inklusiviti yang disalah erti

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button