NasionalNegeri

Golongan asnaf ceburi keusahawan perlu kreatif, inovasi – Raja Muda Perlis

GOLONGAN asnaf digalakkan menceburi bidang keusahawanan dengan lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mengeluarkan diri masing-masing dari belenggu kemiskinan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli berkenan singgah untuk menyantuni salah seorang asnaf yang dipilih untuk menerima batuan MAIPs.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perniagaan yang diusahakan secara kreatif dan inovatif, baik dari segi produk dan pemasaran mampu meningkatkan kebolehpasaran dalam dunia persaingan yang semakin kompetitif dan mencabar ini.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung dengan cara perniagaan yang tradisional dalam era ini di mana jumlah peniaga kecil dan sederhana semakin ramai dan persaingan semakin sengit,” titah Baginda.

Baginda bertitah, bilangan peniaga yang menjual produk yang sama mungkin terlalu banyak dan sukar untuk menarik minat orang ramai membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli berkenan singgah untuk menyantuni Miah Mat Isa di Kampung Batas Lintang yang merupakan salah seorang asnaf yang dipilih untuk menerima batuan MAIPs.

“Di sinilah pentingnya untuk kita menggunakan inovasi dan kreativiti supaya produk kita lebih dikenali, “viral” atau “eye catching”,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat mengurniakan ‘Anugerah Usahawan Terbaik MAIPs 2023’ kepada Haron Aswad Razi, 37, yang mengusahakan perniagaan jahitan khususnya memperbaiki seluar di Arked MARA, Simpang Empat.

Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Haron Aswad pernah mendapat bantuan modal sebanyak RM700 pada tahun 2018 daripada MAIPs untuk memulakan perniagaan dan terus berkembang dan berjaya beroperasi sehingga kini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, MAIPs turut menyediakan pelbagai bentuk latihan dan bantuan modal kepada asnaf yang ingin memulakan perniagaan mereka.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli berkenan singgah untuk menyantuni salah seorang asnaf yang dipilih untuk menerima batuan MAIPs.

Terdahulu itu, Raja Muda mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli dan berkenan singgah menyantuni tiga rumah asnaf terdiri daripada Miah Mat Isa, 88, di Kampung Batas Lintang; Noor Mat Rodzi Man, 54, di Simpang Empat; dan Jamaluddin Che Morad, 61 di Kampung Sungai Baru Tengah.

Masing-masing menerima RM700, ‘Kit MAIPs Peduli’ berisi bahan makanan mentah dan sekampit beras fidyah daripada MAIPs. – SM

BACA ATAM perlu lebih agresif cari seramai mungkin asnaf – Raja Muda Perlis

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button