Politik

UMNO Bahagian Arau sokong Ismail Sabri sebagai “poster boy” dan PM

UMNO Bahagian Arau hari ini sebulat suara mengusulkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ calon Perdana Menteri (PM) Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Juga turut menyokong Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri jika BN menang pada PRU-15.

Usul sokongan itu selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agong Khas berhubung perkara itu baru-baru ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan Sivik, Arau.

Shahidan berkata, pihaknya terus memberi fokus bagi memastikan kemenangan BN di Arau.

“Setakat ini telah dikenalpasti terdapat kira-kira 12,000 pengundi baharu di Arau,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 3,000 orang adalah terdiri daripada anak muda.

Bagaimanapun Shahidan berpuashati kerana pengundi ini telah menyatakan sokongan padu menyokong BN. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button