Politik

Waytha Moorthy setia bersama Tun M

HANYA Tun Dr. Mahathir Mohamad sahaja pemimpin yang mampu mentadbir negara menghadapi keadaan yang sangat mencabar kini.

Justeru, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy menzahirkan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Menurut Pengerusi Malaysian Advancement Party (MAP) itu, sokongan tidak berbelah bahagi tersebut bagi memastikan kestabilan negara berkekalan.

Waytha Morthy berkata, beliau yakin dengan wawasan Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin negara.

“Dr. Mahathir adalah negarawan sejati. Beliau telah membuktikan sepanjang masa bahawa dia hanya bekerja untuk rakyat dan negara.

“Sebagai Presiden MAP saya secara rasmi menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Dr. Mahathir  yang pastinya demi kebaikan rakyat,” kata Waytha Moorthy.

MAP juga bersedia mengerakkan ahlinya untuk menghadapi pilihan raya sekiranya Dr. Mahathir menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

“Sebagai sebuah parti yang percaya terhadap masyarakat yang inklusif, kami secara ikhlas menyokong kepimpinan Dr. Mahathir.

“Kami turut berdoa beliau diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menghadapi masa yang penuh ujian ini,” kata Waytha Moorthy.-SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button