Politik

Anwar gesa pemimpin PH henti bincang peralihan kuasa PM secara terbuka

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa semua pihak dalam Pakatan Harapan agar tidak membincangkan soal peralihan kuasa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada beliau secara terbuka.

Anwar yang disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan berkata, semua pihak perlu menghormati konsensus yang telah dipersetujui pada Januari 2018.

Tegas Anwar, beliau telah memberi jaminan kepada Dr. Mahathir untuk menyokong beliau sepenuhnya dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi negara,

“PH dan Dr. Mahathir telah berulang kali menegaskan komitment untuk menjayakan proses transisi seperti yang telah dipersetuji.

“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan tersebut agar ianya berlaku secara aman dan teratur,” kata Anwar.

Topik peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dan Anwar menjadi isu hangat dalam kalangan pemimpin dan penyokong PH terutama dari PKR dan DAP.

Ada antara mereka secara terbuka mahu Dr. Mahathir menetapkan segera tarikh sebenar beliau mahu menyerahkan kepimpinan kepada Anwar.

Gesaan tersebut menyebabkan kepimpinan dalam Bersatu turut mengeluarkan kenyataan menempelek pihak tersebut dan mempertahankan Dr. Mahathir sebagai perdana menteri.

Terbaharu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy mengecam Ketua  Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman kerana mengkritik beliau dan beberapa pemimpin PH lain kerana tak habis-habis bercakap mengenai isu peralihan kuasa.

Tanpa selindung, Ramasamy berkata Ketua Pemuda PH sepatutnya “merapatkan jurang” dan tidak mempersoalkan hak demokratik mereka untuk meminta Dr. Mahathir menghormati perjanjian menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar.-SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button