Politik

Ismail Sabri tidak hadir perasmian PAU22 malam ini

DUA nama dalam Majlis Tertinggi UMNO dikatakan tidak hadir malam ini pada upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Satu antara dua nama yang dimaksudkan ialah Poster Boy Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis perasmian malam ini akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Ketidak hadiran Ismail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri bersebab.

Menurut hantaran melalui aplikasi WhatsApp, Ismail Sabri dikatakan melawat anak saudaranya yang kritikal dan berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anak saudara Ahli Parlimen Bera itu dikhabarkan seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dia dikhabarkan mengalami cedera parah selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Gombak.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bilakan anak saudara Ismail Sabri ditimpa kemalangan tersebut. – SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button