Politik

Ummi Hafilda beritahu Syed Saddiq, PH tumbang kerana sombong

FIGURA dikenali umum, Ummi Hafilda Ali secara berterus terang memberitahu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman faktor kejatuhan Pakatan Harapan sebagai kerajaan dalam tempoh 22 bulan.

Beliau yang juga adik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali berkata, PH tumbang disebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri ke-7 dikelilingi oleh ‘sampah dan parasit’ yang tidak mempunyai kelayakan.

Malah kerajaan PH juga tersungkur kerana anggota pentabirannya sombong dan tidak mendengar luahan hati rakyat.

“Saya berkata kepada Syed Sadiq, 22 bulan bagi kat hangpa melingkup dek kerana atok dikelilingi sampah dan parasit dan deretan ijazah palsu dan mereka yang tidak layak berada di situ. Dan anda semua sombong tak dengar luahan hati rakyat marhaen.

“Atok dok kutuk kata Melayu pemalas. Pemalas apa kalau dia jadi jaga kerja setengah mampus gaji baru RM1500 anak 6. Nak cukup macam mana berbanding dengan anak Mahathir yang billionaire atau CEO korporat company yang gaji ratus ribu sebulan,” kata Ummi Hafilda dalam pertemuannya dengan Syed Saddiq baru-baru ini.

Ummi Hafilda berkata, selepas PH menang dan menjadi pemerintah mereka hanya melayan golongan atasan dan melupakan rakyat bawahan.

Dia turut menyampaikan kepada bekas menteri belia dan sukan itu mengenai kemarahan rakyat marhain yang amat sangat terhadap PH kerana digelar sebagai pemalas.

“Jangan kita ingat kita di atas kita saja betul. Kita saja hebat. Kita saja pandai. Pendapat si nelayan, si penoreh getah, si tukang sapu juga harus di ambil kira.

“Bila nak pilihan raya dan nak undi cari Joyah, Kiah, Tipah jual tapai dan marhaen. Dalam pasar busuk pun sanggup redah dan tanya khabar. Itu saya ada ikut masa kempen di Langkawi.

“Bila sudan menang besar dan jadi pemerintah dok melayan Melayu elit dan kluster kayangan silih berganti. Lupakan si Kiah, si Tipah, si Jouah. Tak cukup itu dihina pulak laki si Joyah yang kerja tukang kutip sampah sebagai Melayu pemalas. Mana marhain tak marah, mana marhain tak maki,” kata Ummi Hafilda.

Menurut Ummi Hafilda, dia mengetahui kemarahan rakyat kerana ketika berada di tempat awam mereka menyapanya sambil meluahkan perasaan terhadap kerajaan PH.

“Semuanya saya luahkan pada Syed Sadiq secara ikhlas tanpa selindung. Tapi satu bagusnya Syed Saddiq dia terima dengan hati terbuka dan berlapang dada walaupun saya sesah atok bossnya kini yang pernah saya sanjungi satu ketika dulu.

“Tapi kini persepsi itu semua telah lari ditelan bumi selepas banyak kejadian yang saya rasakan istilah al konon kekal berprinsip itu semuanya fantasi dan cerita dongeng puluhan abad,”jelas Ummi Hafilda.-SM

 

(Visited 1,653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button