NasionalNegeri

Raja Perlis berkenan terima mengadap Menteri Dalam Negeri

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Balai Mengadap Biru Istana Arau, tengah hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir mengiringi Hamzah ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Wan Abdul Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad. – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button